LATAR BELAKANG 

Ketua Unit Kualiti UiTM Cawangan Selangor

Dr Norazlina Ahmad

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

            Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Selangor berjaya menghasilkan laman  sesawang Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Selangor. Laman sesawang ini adalah bertujuan untuk menjadi panduan serta rujukan berkenaan Unit Pengurusan Kualiti agar dalam menguruskan jaminan kualiti dalam sistem kerja dengan menganjurkan audit kualiti, latihan / kursus dan bengkel ke arah Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) UiTM.

            Unit Pengurusan Kualiti UCS mendokong melalui objektif UCS dimana ia memacu Program RICE (Research, Innovation, Community engagement, Entrepreneurship and commercialization), pemudah cara kepada Fakulti dalam sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan pengajaran dan pembelajaran, menyelaras semua perkhidmatan bagi memastikan aspirasi UiTM Cawangan Selangor tercapai dan menyokong pelan strategik semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Fakulti di UiTM Cawangan Selangor. Segala pencapaian dan matlamat Unit Pengurusan Kualiti UCS yang disasarkan akan tercapai menjelang 2020.

Sekian , terima kasih.

: 03-32584202  |  : +6012-3486980  |  : +603-3258 4019
email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

PENGENALAN UNIT PENGURUSAN  KUALITI

 Unit Pengurusan Kualiti UiTM Cawangan Selangor (UCS) bertanggungjawab dalam menguruskan jaminan kualiti dalam sistem kerja dengan menganjurkan audit kualiti, latihan / kursus dan bengkel ke arah Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) UiTM. Ini bertujuan untuk memastikan penambahbaikan berterusan dan sistem pengurusan kualiti UCS adalah mantap dan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh ISO 9001:2015.