Kursus Pengenalan ISO 9001:2015

Kursus Pengenalan ISO 9001 : 2015 telah dijalankan pada 1 November 2017 bertempat di Bilik Seminar 2, Perpustakaan Tun Abdul Razak. Perlaksanaan kursus ini adalah untuk memahami dan memberi pendedahan mengenai amalan dan pengetahuan berhubung pengauditan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) berdasarkan keperluan standard ISO 9001:2015.

Objektif penganjuran kursus ini adalah :

  1. Memberikan taklimat kepada pegawai-pegawai berkaitan perubahan skop ISO 9001:2015
  2. Membudayakan standard ISO 9001:2015 di kalangan warga kerja UiTM Cawangan Selangor
  3. Melaksanakan ISO 9001:2015 di UiTM Cawangan Selangor