Visi, Misi, Falsafah dan Objektif UiTM

UiTM Cawangan Selangor mendokong visi, misi dan falsafah universiti sepertimana berikut:

 

Visi

Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisma bumiputera dalam semua bidang professional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika.

 

Misi

Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program profesional, penyelidikan serta penglibatan khidmat masyarakat yang berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.

 

Falsafah

Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan professional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

 

 

Objektif UiTM

  • Memastikan produk UiTM bukan sahaja dapat memenuhi pasaran guna tenaga manusia tempatan, malah juga bersedia berkhidmat di peringkat global.
  • Menyediakan program pengajaran yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran dan pelanggan di samping mendokong dasar pembangunan negara.
  • Menyediakan peluang maksimum kepada kaum bumiputera bagi mengikuti pendidikan bertaraf profesional dalam bidang sains, industri, teknologi, perdagangan, seni dan kemasyarakatan.
  • Mewujudkan program pembangunan kemanusiaan sebagai alat menerapkan sistem nilai di kalangan masyarakat UiTM.
  • Menjadikan UiTM sebuah organisasi cemerlang yang dapat menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan masyarakat.

 

Objektif UiTM Cawangan Selangor 

UiTM Cawangan Selangor sebagai sebuah kampus yang unik dan tersendiri, mempunyai objektif berikut:

  • Memacu Program RICE (Research, Innovation, Community engagement, Entrepreneurship and commercialization) UiTM Cawangan Selangor
  • Pemudahcara kepada Fakulti dalam sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan pengajaran dan pembelajaran
  • Menyelaras semua perkhidmatan (non- student related) bagi memastikan aspirasi kampus UiTM Cawangan Selangor tercapai
  • Memberi perkhidmatan dan kemudahan yang menyeluruh dan sempurna bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran dan tempat tinggal yang selesa, ceria dan selamat
  • Menyokong pelan Strategik semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Fakulti di UiTM Cawangan Selangor

 

Model RICE (Research, Innovation, Community engagement, Entrepreneurship and commercialization)