Sistem Pengurusan Kualiti Pejabat Pembangunan adalah berlandaskan kepada piawaian Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008 yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM Malaysia berdasarkan kepada piawaian ISO antarabangsa.

MS ISO 9001:2008 merupakan satu standard bertulis yang menjelaskan garis panduan dan keperluan asas dalam satu sistem pengurusan kualiti berdasarkan kepada keperluan piawaian antarabangsa yang mempunyai proses-proses yang dikenalpasti, didokumenkan, dilaksanakan dan dikawal. Sistem ini bermatlamat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti yang konsisten.

Pada 26 hingga 27 Januari 2015 pihak SIRIM telah mengadakan audit pensijilan semula di Pejabat Pembangunan bagi memastikan pensijilan MS ISO 9001:2008 dapat diteruskan. Hasil dari audit tersebut, pensijilan MS ISO 9001:2008 Pejabat Pembangunan telah diteruskan lagi bagi tempoh bermula dari 28 April 2015 hingga 27 April 2018.