Lawatan Kerja ke InQKA

Tarikh: 17 January 2018 

Masa : - 

Tempat: InQKA Shah Alam

 

Lawatan disertai seramai 23 orang delegasi UCS yang terdiri dari Hjh Saadah Ibrahim selaku Wakil Pengurusan Unit Kualiti, dr Norazlina Ahmad, Ketua Unit Kuliti, Para Penyelaras JPQ dan AJK kecil masing-masing. Kedatangan delegasi telah disambut oleh Prof Dr Hjh Roziah Janor selaku PNC InQKA. Beliau seterusnya menyampaikan taklimat berkaitan AKNC dan begitu bersemangat memberikan tunjuk ajar kepada delegasi UCS yang merupakan pertama kali akan mengambil bahagian dalam AKNC . Turut sama ialah Puan Fairuzah Mansur , Timb Pendaftar Kanan InQKA.

Sepanjang sesi pertemuan pelbagai perkara telah diberikan pencerahan yang sangat baik oleh Prof Rozi. Para delegasi yang terlibat juga telah menggunakan peluang untuk berinteraksi secara aktif bagi mendapatkan sebanyak mungkin maklumat berhubung AKNC.