Taklimat AKNC 2018 dan Latihan Penulisan Laporan AKNC 2018

Tarikh    : 4 April 2018 (Rabu)

Lokasi    : Dewan Melati Perak, Kolej Melati Shah Alam

Anjuran : InQKA

Program ini diadakan bertujuan memberikan penerangan berhubung AKNC 2018. Antara perkara penting yang disampaikan ialah berhubung bidang tumpuan yang telah ditambah menjadikan kesemunya sembilan bidang.

UCS diwakili oleh Pn Rozainun Mahmod selaku Penyelaras AKNC UCS. Turut sertai ialah Pn Hanim Azura Mahyuddin, Puan Azila Bakri, Puan Nura Talha dan Puan Nurul Diana Jasni.

Taklimat dan Latihan telah disampaikan Prof Dr Hjh Roziah Janor selaku PNC InQKA.