Simposium Kecemerlangan Operasi

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kumpulan Encik Mohd Tarmizi Abdul Raman kerana berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori proses pentadbiran dan juara keseluruhan di dalam Simposium Kecemerlangan Operasi UiTM pada 15 Oktober 2018 di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam

Simposium ini memberi pengiktirafan kepada semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah melaksanakan penambahbaikan proses di unit masing-masing. Bertemakan “Kecemerlangan Operasi Memacu Kecekapan Pengurusan” simposium ini berjaya memberikan motivasi dan semangat kepada semua warga UiTM untuk membudayakan penambahbaikan proses melalui inovasi dan kreativiti di dalam melaksanakan proses kerja.